Tuesday 11 October 2011

PERTANDINGAN KECERIAAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2011

Sekolah kami telah mencipta satu lagi sejarah dengan memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Keceriaan Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri tahun 2011(Kategori Sekolah).Kami telah menerima sijil dan wang sebanyak RM200.00.Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.Kami telah menjalankan pelbagai pertandingan bagi semua murid Tahap 1 dan Tahap 2.Pemenang - pemenang dari pertandingan ini telah diberi hadiah.Manakala,hasil kreativiti mereka telah dipamerkan di Bilik Meredeka yang khasnya diwujudkan sempena bulan kemerdekaan.Bilik pameran ini telah diwujudkan daripada hasil titik peluh guru-guru sekolah kami, En.Rajan, Pn.Saraswathy dan Cik Thenmoly.Pihak sekolah juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru sekolah kami yang telah menyumbang tenaga bagi menjayakan program ini.








 


No comments:

Post a Comment