Sunday 6 November 2011

HARI PERKHEMAHAN MGK 2011

Hari Perkhemahan MGK 2011 telah berjaya dilangsungkan selama 3hari 2malam bermula dari 04.11.11 hingga 06.11.11 di padang sekolah. En.Yoganathan, Penyelaras Hari Perkhemahan 2011 telah merancang dengan teliti dan menjayakan program ini dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia, Pengakap Daerah Kuala Kangsar, Guru-guru MGK dan PIBG MGK.Perkhemahan ini telah disertai oleh 30orang murid dari Pengakap, 30orang murid dari PBSM, 30orang murid dari TKRS dan 30orang murid dari Tunas Puteri. Perkhemahan kali ini telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan penuh cabaran. Pihak sekolah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua insan yang terlibat untuk menjayakan Perkhemahan MGK 2011 secara langsung dan secara tidak langsung.