Thursday 13 October 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN YANG KE-59

Sekolah kami telah berjaya melangsungkan Kejohanan Olahraga Tahunan yang ke-59 pada 02/10/2011. Sukan kali ini telah dirasmikan oleh En.Vivekanandan AMS Periasamy Pillai (Ahli Lembaga Pengurus Sekolah).Acara bermula pada pukul 8.30pagi di padang sekolah.Murid-murid mengambil bahagian dalam semua acara dengan mewakili rumah mereka masing-masing (Rumah Merah,Biru,Hijau dan Kuning). Sukan tahunan kali ini telah diaturkan dengan memastikan setiap murid SJK(T) Mahathma Gandhi Kalasalai mendapat hadiah masing-masing dengan konsep 1Murid 1Sukan.Selain daripada acara-acara pada hari sukan,kami juga telah menjalankan pelbagai perlawanan antara rumah sebelum hari sukan, seperti perlawanan Bola Baling, perlawanan Bola Sepak, pertandingan Badminton dan juga acara Merentas Desa. Pasukan Rumah Merah telah menjadi johan manakala Pasukan Rumah Biru telah menjadi naib johan pada Kejohanan Olahraga Tahunan kali ini.
















Merentas Desa


Pertandingan Badminton





No comments:

Post a Comment