Thursday 20 October 2011

MAJLIS AMAL DEEPAVALI 2011

Majlis Amal Deepavali telah diadakan pada pukul 9.30pagi hari ini(21.10.2011) di dewan 'Literacy Land' sekolah.Majlis ini adalah bagi memberi hamper yang mengandungi barang-barang masakan seperti beras, minyak masak, gula, tin susu pekat dan minuman ringan kepada keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan. Bantuan ini telah disalurkan kepada 24 buah keluarga.Perbelanjaan bagi hamper-hamper ini telah ditanggung oleh semua guru MGK.Pihak sekolah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru MGK.



    

   

   

    

    

    

   

   

   

   

Friday 14 October 2011

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BARU

Majlis perasmian bangunan baru SJK(T) Mahathma Gandhi Kalasalai Sungai Siput(U),Perak telah dilangsungkan pada 09.10.11(Ahad) yang lepas.Majlis ini telah diaturkan oleh Ahli Lembaga Pengurus Mahathma Gandhi Kalasalai, Cik.Devakunchari Tun V.T Sambanthan dan En.Vivekananda AMS Periasamy Pillai dengan kerjasama PIBG sekolah. Tetamu kehormat pada hari bersejarah ini ialah 
Yg.Bhg.Dato' Seri Dr. S.Samy Vellu SPMP.,SSAP.,SPMJ.,DPMJ.,DPMS.,PCM.,AMN Duta Khas Malaysia dan Mantan Pengerusi MIC Kebangsaan. 
Majlis ini juga telah dihadiri oleh VVIP yang lain seperti Amma Mariyayee AMS Periasamy Pillai, Wakil Toh Puan Uma Sambanthan Puan Sulachana Krishnan, Yg.Berhormat Dato R. Ganesan YDP Dewan Undang Negeri Perak merangkap Naib Pengerusi Badan Berhubung MIC Negeri Perak, Yg.Bhg.Dato S.Veerasingam Penasihat Khas Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Badan Perhubungan MIC Negeri Perak, Yg.Berhormat Dato S.K.Devamany Ahli Parlimen Cameron Highland merangkap Naib Pengerusi MIC Kebangsaan, Yg.Berhormat Dato Ahmad Pakeh Adam ADUN Kawasan Lintang, Yg.Bhg. Dato Zukifli Pengerusi UMNO Bahagian Sungai Siput, En.R.Ganesan Penyelaras Barisan Nasional Kawasan Parlimen Sg.Siput(U) merangkap Pengerusi MIC Bahagian Sg.Siput(U), En.Nithiananda Jawahar AMS Periasamy Pillai wakil Yg.Bhg.Dato Chong Ko Yun Penasihat Khas Menteri Besar Perak dan juga tetamu-tetamu yang lain seperti mantan Guru-guru besar MGK, mantan Pengerusi PIBG MGK, Guru-guru Besar Sekolah-sekolah Tamil sekitar Sg.Siput, Ahli-ahli PIBG MGK, ibu bapa dan murid-murid.

















Thursday 13 October 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN YANG KE-59

Sekolah kami telah berjaya melangsungkan Kejohanan Olahraga Tahunan yang ke-59 pada 02/10/2011. Sukan kali ini telah dirasmikan oleh En.Vivekanandan AMS Periasamy Pillai (Ahli Lembaga Pengurus Sekolah).Acara bermula pada pukul 8.30pagi di padang sekolah.Murid-murid mengambil bahagian dalam semua acara dengan mewakili rumah mereka masing-masing (Rumah Merah,Biru,Hijau dan Kuning). Sukan tahunan kali ini telah diaturkan dengan memastikan setiap murid SJK(T) Mahathma Gandhi Kalasalai mendapat hadiah masing-masing dengan konsep 1Murid 1Sukan.Selain daripada acara-acara pada hari sukan,kami juga telah menjalankan pelbagai perlawanan antara rumah sebelum hari sukan, seperti perlawanan Bola Baling, perlawanan Bola Sepak, pertandingan Badminton dan juga acara Merentas Desa. Pasukan Rumah Merah telah menjadi johan manakala Pasukan Rumah Biru telah menjadi naib johan pada Kejohanan Olahraga Tahunan kali ini.
















Merentas Desa


Pertandingan Badminton