Tuesday 12 July 2011

KEM MOTIVASI MURID TAHUN 6 (HALUS)

KERTAS CADANGAN PROGRAM MOTIVASI PEMBENTUKAN JATI DIRI
MURID TAHUN 6


Pengenalan

“Program Motivasi Dan Jati Diri Pelajar Tahun 6 2011” ini merupakan aktiviti di luar bilik darjah yang dikelola Unit Bimbingan Dan Kaunseling SJK(T) Mahathma Gandhi Kalasalai bertujuan menerapkan instrumen motivasi dan jati diri murid sejajar dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin menerapkan unsur-unsur JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek) kepada semua pelajar terutama di peringkat sekolah rendah.

Matlamat

MEMPERKENALKAN TEKNIK-TEKNIK DAN KEHENDAK PEMERIKSA KERTAS UPSR 2011. Tambahan pula melahirkan insan yang berketerampilan dan mempunyai sahsiah diri yang tinggi. Di samping itu, memastikan mencapai tiga matlamat utama yang digariskan iaitu:
  • 100% murid harus memasuki tingkatan satu – F1 Team
  • 75% lulus penuh dalam UPSR 2011
  • 25 orang murid harus dapat 7A dalam UPSR 2011

Sasaran

Murid tahun 6, khasnya dari kategori (HARAPAN LULUS) – Seramai 100 orang

Tarikh             :           08, 09, DAN 10 JULAI 2011

Hari                 :           Jumaat hingga Ahad (3 hari 2 malam)
Tempat           :           INFOTERNAK, Sungai Siput, Perak.

Penceramah :           KETUA PEMERIKSA KERTAS DAN GURU-GURU PAKAR
YANG BERPENGALAMAN DALAM PEMERIKSAAN KERTAS UPSR

  
  
  
  
  

  
  
      
  
  
  

  




Sunday 3 July 2011

MAJLIS PELANCARAN DASAR NEGARA

                                            MAJLIS PELANCARAN DASAR NEGARA
                                          1 MURID 1 SUKAN - LARIAN 1 MALAYSIA
Program bersejarah ini telah diadakan serentak diseluruh negara pada tanggal 2 Julai 2011 (Sabtu) bagi melahirkan semangat kesukanan dikalangan murid-murid sekolah untuk mendokong kata pepatah "Badan Cergas, Minda Cerdas". Program ini telah dijalankan di padang SJKT MGK yang telah diambil bahagian oleh semua murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6), guru-guru, ibu bapa serta masyarakat berdekatan.

    
                         UCAPAN PERASMIAN OLEH TUAN GURU BESAR
     
   

  
   

Tambahan pula, selaras dengan program besar-besaran ini, pihak sekolah juga telah membuat satu Liga Bola Sepak Gandhi yang dilancarkan bagi menambahkan lagi kemeriahan serta menepati seperti mana yang dikehendaki dalam dasar 1 Murid 1 Sukan.
 
  
  


Liga Bola Sepak Gandhi ini memberi peluang kepada pihak sekolah bagi memilih pasukan bola sepak sekolah. Aktiviti seperti ini sangat baik untuk memajukan bidang sukan tanah air.

SUMBANGAN DARI PENDERMA...BERHATI MULIA

          Persatuan Sri Sai Baba, Jalan Kuala Kangsar telah memberi sumbangan derma kasut sekolah, pakaian seragam serta cermin mata untuk beberapa murid dari keluarga yang miskin. Sumbangan ini telah diberikan kepada murid-murid di perhimpunan sekolah. kita dapat melihat rasa gembira yang tidak terhingga dari semua murid yang menerima derma ini.

   
   

Usaha Persatuan Sri Sai Baba ini amat dihargai serta tindakan mereka ini harus dijadikan sebagai contoh untuk kita semua agar menanam rasa memberi bantuan dan menghulurkan derma kepada mereka yang kurang berkemampuan.

GIGI KU, KHAZANAH BERHARGA

SJKT Mahathma Gandhi Kalasalai telah menjalankan suatu program pemeriksaan gigi untuk semua murid-murid disekolah ini oleh 5 orang pegawai kesihatan dari Hospital Sungai Siput. Proses pemeriksaan gigi telah berlaku dengan lancar serta mengikut jadual yang telah ditetapkan.