Saturday 10 September 2011

BENGKEL Q & Q, FINAL COUNTDOWN UPSR 2011

Bengkel Q&Q, Final Countdown UPSR 2011 telah dirancang khas untuk memberi input terakhir untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2011. Bengkel ini merangkumi pelbagai soalan dan informasi berkaitan matapelajaran Bahasa Melayu yang diberi fokus yang serius dalam UPSR tahun ini. Hampir semua murid-murid tahun 6 (sebanyak 129 orang) telah terlibat dalam bengkel ini.

KUMPULAN MURID TARGET 7A

 

KUMPULAN MURID HARAPAN LULUS PENUH



Pihak sekolah TELAH, SEDANG dan AKAN menjalankan untuk meningkatkan prestasi murid-murid tahun 6 serta pencapaian peratus UPSR sekolah.

SEMBAYANG / DOA KESYUKURAN UPSR 2011

Satu sembayang / doa untuk Dewi Saraswathy (Dewi Pendidikan) telah dibuat di sekolah untuk mendapat restu-Nya sebelum menduduki Peperiksaan UPSR 2011. Seramai 159 orang murid tahun 6 terlibat dalam sembayang ini.
  

Doa, mantera dan lagu keagamaan (Dthevaram) telah dinyanyikan dan dipersembahkan untuk memeriahkan lagi majlis sembayang ini. Ibu bapa juga telah datang untuk memberi sumbangan dan sokongan moral untuk kejayaan anak-anak mereka dalam UPSR yang akan datang pada 13 hingga 15 September 2011.  

Tuesday 6 September 2011

AKTIVITI PLKN DI SJKT MGK

                                                       AKTIVITI PLKN DI 
                 SJKT MAHATHMA GANDHI KALASALAI

Pihak sekolah telah dikunjungi oleh peserta-peserta Program PLKN negeri Perak untuk melakukan kerja-kerja amal. Program ini telah dikelola oleh Jabatan Penerangan, cawangan Sungai Siput (U). Seramai 100 orang peserta telah menawarkan tenaga untuk membuat beberapa kerja antaranya ialah:-
* penomboran meja dan kerusi baru di bangunan baru sekolah
* gotong royong di kawasan padang sekolah (mencantas dahan pokok di tepi padang, membuat garis di padang sekolah
* membersihkan dan menyusun semua peralatan di stor sukan
* membersihkan makmal sain dan bilik KH
* mencuci semua tingkap di bangunan baru dan lama sekolah

Pihak sekolah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur dan juga peserta-peserta Program PLKN untuk tampil dan membantu sekolah SJKT MGK.