LATIHAN
KEBAKARAN KALI PERTAMA 2014
GURU KELAS SEDANG MENYEMAK KEBERADAAN MURID DI PADANG BERKUMPUL. |
SEMUA MURID MENGENGAR PENERANGAN KESELAMATAN KEBAKARAN DARI CIKGU.B.KALIDASS GURU KESELAMATAN KEBAKARAN |
1.
Nama Program:
LATIHAN KEBAKARAN DAN KESELAMATAN MURID .
2.
Pendahuluan:
Latihan kebakaran biasanya diadakan dua kali setahun bagi memenuhi
peraturan keselamatan
bangunan yang ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Oleh itu, pihak hal
ehwal murid SJKT
Mahathma
Gandhi Kalasalai bersetuju untuk mengadakan
latihan yang pertama bagi tahun 2014. Program ini dilaksanakan bertujuan
memberi kesedaran betapa pentingnya bertindak pantas menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran
sebenar di sekolah.
3.Matlamat:
Matlamat
utama latihan kebakaran ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan
pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran
dan cara menyelamatkan
diri
ketika kebakaran serta pendedahan pencegahan kebakaran.
4.
Objektif:
4.1 Pelajar dapat mengetahui laluan yang
betul untuk keluar dengan selamat.
4.2
Memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang
bahaya kebakaran
4.3 Membiasakan murid / guru / kakitangan
dengan tempat berkumpul dan tempat melaporkan
diri
4.4 Menentukan arahan-arahan
kecemasan kebakaran dipatuhi dan dipraktikkan
4.5 Untuk menguji peralatan
kebombaan seperti loceng kecemasan, Salur Bantu Mula dan lain-
lain befungsi
4.6 Untuk merekodkan anggaran kerosakkan
LAPORAN
LATIHAN KEBAKARAN
Sjkt
mahathma Gandhi kalasalai
8
januari 2014
Sjkt Mahatma Gandhi Kalasalai telah
mengadakan latihan kebakaran buat kali pertama pada 8 Januari 2014. Latihan
kebakaran telah diadakan kira-kira Jam 8.30 pagi. Program ini telah dijalankan
oleh unit HEM. Tujuan utama program ini dijalankan untuk memberikan kesedaran
kepada warga sekolah cara bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran. Latihan
kebakaran ini juga diadakan bertujuan untuk melatih murid-murid bersedia semasa
berlaku kecemasan atau kebakaran di sekolah.
Setelah lonceng panjang dibunyikan,
semua murid bergegas untuk ke tempat
yang telah ditetapkan untuk berkumpul. Guru besar telah menetapkan bahawa
pengumpulan murid-murid ketika berlaku kebakaran adalah di tempat lapang
berdepanan dengan sekolah dan di dewan sekolah. Hal ini kerana kedudukan Sjkt
Mahatma Gandhi Kalasalai yang berada di
atas lautan menyukarkan murdi-murid sekiranya berlaku kebakaran di depan pintu
masuk sekolah.
Murid-murid dikawal oleh guru-guru kelas
masing-masing. AJK disiplin memastikan semua murid berkumpul dan ada pada
tempat yang telah ditetapkan. Guru kelas masing-masing mengambil kedatangan
untuk memastikan tiada seorang pun murid yang tertinggal di dalam kelas atau di
dalam sekolah.
Latihan ini adalah
sebahagian daripada program wajib sekolah pada setiap tahun bagi memastikan
murid dan kakitangan Sjkt
Mahatma Gandhi Kalasalai sentiasa dalam keadaan
bersedia ketika menghadapi bencana kebakaran. Selain daripada kebakaran,
para pelajar juga didedahkan dengan kemungkinan-kemungkinan bencana alam yang
lain seperti ribut kuat dan gempa bumi. Tahniah kepada AJK Kebakaran
sekolah kerana telah berjaya menjalankan latihan kebakaran tersebut.
PELAN KEBAKARAN |
No comments:
Post a Comment