Sunday, 7 August 2011

LIGA BOLA SEPAK GANDHI 2011

                      LIGA BOLA SEPAK GANDHI 2011

Sebanyak sepuluh kelab bola sepak ternama telah dipilih untuk membahagi-bahagikan murid-murid tahun 4 dan 5 untuk menyertai liga bola sepak ini. Tambahan pula, liga ini khasnya dijalankan di sekolah SJKT MGK untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk meminati permainan bola sepak. Di samping itu, pihak sekolah juga dalam usaha untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam permainan antarabangsa ini. 





  

KERTAS CADANGAN PROGRAM MOTIVASI PEMBENTUKAN JATI DIRI MURID
TAHUN 6
Sasaran

Murid tahun 6, khasnya dari kategori HALUS – Seramai 100 orang
  • Ambilan murid adalah dari sekolah-sekolah SJK(T) Daerah Kuala Kangsar sebanyak 12 buah sekolah.
Perlaksanaan

Tarikh              :            5, 6 dan 7 OGOS 2011
Hari                 :           Jumaat hingga Ahad (3 hari 2 malam)
Tempat           :           Ladang INFOTERNAK, Sungai Siput, Perak

  

    

   
   

Program ini dapat dijalankan dengan berjayanya serta pelbagai input telah diberikan kepada murid-murid yang telah mengambil bahagian dalam kem motivasi ini.
Pihak urusetian juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan bantuan dalam bentuk sumbangan wang, peralatan, tenaga kerja serta idea. Segala apa yang kita buat adalah untuk kecemerlangan masa depan generasi muda kita.

                                           ~  THUNINTHU NALAM SEI ~ 

Tuesday, 12 July 2011

KEM MOTIVASI MURID TAHUN 6 (HALUS)

KERTAS CADANGAN PROGRAM MOTIVASI PEMBENTUKAN JATI DIRI
MURID TAHUN 6


Pengenalan

“Program Motivasi Dan Jati Diri Pelajar Tahun 6 2011” ini merupakan aktiviti di luar bilik darjah yang dikelola Unit Bimbingan Dan Kaunseling SJK(T) Mahathma Gandhi Kalasalai bertujuan menerapkan instrumen motivasi dan jati diri murid sejajar dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin menerapkan unsur-unsur JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek) kepada semua pelajar terutama di peringkat sekolah rendah.

Matlamat

MEMPERKENALKAN TEKNIK-TEKNIK DAN KEHENDAK PEMERIKSA KERTAS UPSR 2011. Tambahan pula melahirkan insan yang berketerampilan dan mempunyai sahsiah diri yang tinggi. Di samping itu, memastikan mencapai tiga matlamat utama yang digariskan iaitu:
  • 100% murid harus memasuki tingkatan satu – F1 Team
  • 75% lulus penuh dalam UPSR 2011
  • 25 orang murid harus dapat 7A dalam UPSR 2011

Sasaran

Murid tahun 6, khasnya dari kategori (HARAPAN LULUS) – Seramai 100 orang

Tarikh             :           08, 09, DAN 10 JULAI 2011

Hari                 :           Jumaat hingga Ahad (3 hari 2 malam)
Tempat           :           INFOTERNAK, Sungai Siput, Perak.

Penceramah :           KETUA PEMERIKSA KERTAS DAN GURU-GURU PAKAR
YANG BERPENGALAMAN DALAM PEMERIKSAAN KERTAS UPSR

  
  
  
  
  

  
  
      
  
  
  

  




Sunday, 3 July 2011

MAJLIS PELANCARAN DASAR NEGARA

                                            MAJLIS PELANCARAN DASAR NEGARA
                                          1 MURID 1 SUKAN - LARIAN 1 MALAYSIA
Program bersejarah ini telah diadakan serentak diseluruh negara pada tanggal 2 Julai 2011 (Sabtu) bagi melahirkan semangat kesukanan dikalangan murid-murid sekolah untuk mendokong kata pepatah "Badan Cergas, Minda Cerdas". Program ini telah dijalankan di padang SJKT MGK yang telah diambil bahagian oleh semua murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6), guru-guru, ibu bapa serta masyarakat berdekatan.

    
                         UCAPAN PERASMIAN OLEH TUAN GURU BESAR
     
   

  
   

Tambahan pula, selaras dengan program besar-besaran ini, pihak sekolah juga telah membuat satu Liga Bola Sepak Gandhi yang dilancarkan bagi menambahkan lagi kemeriahan serta menepati seperti mana yang dikehendaki dalam dasar 1 Murid 1 Sukan.
 
  
  


Liga Bola Sepak Gandhi ini memberi peluang kepada pihak sekolah bagi memilih pasukan bola sepak sekolah. Aktiviti seperti ini sangat baik untuk memajukan bidang sukan tanah air.