KERTAS CADANGAN PROGRAM MOTIVASI PEMBENTUKAN JATI DIRI
MURID TAHUN 6
Pengenalan
“Program Motivasi Dan Jati Diri Pelajar Tahun 6 2011” ini merupakan aktiviti di luar bilik darjah yang dikelola Unit Bimbingan Dan Kaunseling SJK(T) Mahathma Gandhi Kalasalai bertujuan menerapkan instrumen motivasi dan jati diri murid sejajar dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin menerapkan unsur-unsur JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek) kepada semua pelajar terutama di peringkat sekolah rendah.
Matlamat
MEMPERKENALKAN TEKNIK-TEKNIK DAN KEHENDAK PEMERIKSA KERTAS UPSR 2011. Tambahan pula melahirkan insan yang berketerampilan dan mempunyai sahsiah diri yang tinggi. Di samping itu, memastikan mencapai tiga matlamat utama yang digariskan iaitu:
- 100% murid harus memasuki tingkatan satu – F1 Team
- 75% lulus penuh dalam UPSR 2011
- 25 orang murid harus dapat 7A dalam UPSR 2011
Sasaran
Murid tahun 6, khasnya dari kategori (HARAPAN LULUS) – Seramai 100 orang
Tarikh : 08, 09, DAN 10 JULAI 2011
Hari : Jumaat hingga Ahad (3 hari 2 malam)
Tempat : INFOTERNAK, Sungai Siput, Perak.
Penceramah : KETUA PEMERIKSA KERTAS DAN GURU-GURU PAKAR
YANG BERPENGALAMAN DALAM PEMERIKSAAN KERTAS UPSR
No comments:
Post a Comment