Monday, 20 June 2011

PERHIMPUNAN MINGGUAN KOKURIKULUM

Perhimpunan Mingguan KoKurikulum diadakan setiap minggu hari Rabu (pagi) di tapak perhimpunan sekolah. Perhimpunan ini disertai oleh semua pelajar dari Thn 3,Thn 4,Thn 5 & Thn 6 dan dikendalikan oleh setiap Badan Beruniform (Minggu 1: PBSM, Minggu 2: Pengakap,Minggu 3: TKRS & Minggu 4: Tunas Puteri). Pengerusi dan ahli-ahli setiap Badan Beruniform akan menyayikan lagu dan membaca ikrar mereka. Beberapa pengumuman dan maklumat juga diberitahu dalam perhimpunan ini.



Saturday, 18 June 2011

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENGENALAN DAN PERINGKAT 1


DUA ORANG GURU (EN.S.MAHENTRAN & EN.KALIDASH) DARI SEKOLAH KAMI, TELAH MENYERTAI KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENGENALAN DAN PERINGKAT 1 YANG DIANJURKAN OLEH PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH KUALA KANGSAR YANG BERTEMPAT DI CHALET TANJUNG HARAPAN,SAUK,PERAK.(20 HINGGA 22 MEI 2011).







Wednesday, 15 June 2011

KEM KEPIMPINAN BINA SAHSIAH PEMIMPIN
ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING DENGAN KERJASAMA
HAL EHWAL MURID
TEMA           :     “Pengawas Berwibawa Sekolah  Sejahtera”
TARIKH      :        8 April hingga 10 April 2011
TEMPAT      :        Ladang Infoternak, Sungai Siput (U)
KUMPULAN SASARAN.
        Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber (tahap 2 – seramai 80 orang)
PROGRAM MOTIVASI PEMBENTUKAN JATI DIRI MURID TAHUN 6
(Fasa Satu)

Objektif yang telah disasarkan seperti berikut telah tercapai diakhir program ini, antaranya:

  1. Murid telah lebih berdedikasi dan bermotivasi bagi menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
  2. Murid mempunyai jati diri yang tinggi dan dapat membezakan baik atau buruk sesuatu perkara.
  3. Telah dapat mendidik murid-murid agar seimbang dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek.
  4. Telah juga memberi nilai tambah kepada diri sendiri agar bersinergi dengan persekitaran.
  5. Berjaya melatih dan munyintik semangat untuk membentuk diri menjadi seorang pelajar yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Tarikh             :           24/01/2011
Hari                 :           Isnin
Tempat           :           Dewan Sekolah

PROGRAM MOTIVASI IBU BAPA / WARIS MURID TAHUN 3,4,5 DAN 6 - FASA SATU

          PROGRAM MOTIVASI IBU BAPA / WARIS MURID TAHUN 3,4,5 DAN 6 - FASA SATU
telah diadakan oleh unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama PIBG sekolah seperti berikut;
Tarikh              : 30 / 01 / 2011 (Ahad)
Masa               : 4.30 petang
Tempat            : Dewan Sekolah
Sasaran           : Semua ibu bapa / waris

 

Program-program Panitia Bimbingan dan Kaunseling sekolah

TAKLIMAT PERATURAN DAN DISIPLIN SEKOLAH
ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DAN UNIT DISPLIN SEKOLAH
  • telah berjaya dijalankan pada 19 Januari 2011 (Rabu) di Dewan Sekolah untuk    semua murid tahun 4, 5 dan 6
  • TEMA “Remaja Berdisplin Negara Sejahtera” digunakan bagi menyuntik semangat dan disiplin dalam diri murid-murid